Jentayu dalam Ramayana Jentayu

Pertolongan Jatayu

Ketika Sita menjerit-jerit dilarikan oleh Rawana, Jentayu yang sedang berada di dahan sebuah pokok mendengarnya. Ia melihat ke atas, dan kelihatan Rahwana terbang membawa Sita, puteri Prabu Janaka. Jatayu yang bersahabat dengan Raja Dasarata, merasa bertanggung jawab terhadap Sita yang merupakan isteri putera sahabatnya, Sri Rama. Dengan jiwa kesatria meluap-luap dan berada di pihak yang benar, Jatayu tidak gentar untuk melawan Rawana. Ia menyerang Rahwana dengan segenap tenaganya. Namun Jentayu sudah tua. Ketika ia sedang berusaha menyelamatkan Sita dari Rahwana, sayapnya ditebas dengan pedang. Jentayu bernasib malang. Tubuhnya terjatuh ke tanah dan darahnya bercucuran.

Gugurnya Jentayu

Ketika Sang Rama dan Lakshmana sedang menelusuri hutan untuk mencari Dewi Sita, kelihatan oleh mereka darah berceceran. Selepas dicari asalnya, mereka mendapati seekor burung tanpa sayap sedang tenat. Burung tersebut mengaku bernama Jentayu, yang berusaha menolong Dewi Sita kerana diculik Rahwana. Namun usahanya tidak berjaya sehingga Dewi Sita dilarikan ke Alengka. Melihat keadaan Sang Jentayu yang tenat, Sang Rama memberinya hormat untuk kali terakhir. Tidak lama kemudian Jentayu menghembuskan nafas terakhirnya.

Selepas Jatayu menghembuskan nafas terakhirnya, Sang Rama berkata:

Wahai Jentayu yang maha mulia, sungguh kuat dikau mempertahankan jiwa. Oleh kerana cinta kasihmu bersahabat terhadap ayahku erat sekali, berkelanjutan sampai kepada aku, puteranya. Amatlah mulia wahai dikau burung perkasa. Tatkala engkau masih hidup tadi, ayahku kurasakan masih hidup, sekarang ketika engkau telah meninggal, sungguh bertambah sedih hatiku.

Selepas bersabda demikian, Sang Rama melakukan upacara pembakaran jasad sederhana buat Jentayu. Jasadnya mendapat percikan tirtha oleh seorang yang "berjiwa suci" kerana merupakan seorang titisan Wisnu.